aima syakira...

Tuesday, April 27, 2010

pepatah sering mengatakan " cinta itu buta"
betul ke ayat tu???sebenarnya...tiada yang salah pun dgn ayat tu..
cinta adalah fitrah manusia..manusia dilahirkan hasil dari kasih sayang dua orang insan.begitu uniknya kejadian seorang manusia.tapi tanpa kita sedari, kita turut dilahirkan dengan kasih sayang yang wujud dalam diri.untuk menyayangi insan lain.cinta tidak buta.tapi manusia yang sering buta dalam menilai cinta.

cinta tidak semestinya memiliki..cukuplah sekadar dengan melihat dia bahagia.
walaupun kita menyayangi seseorang,tidak semestinya dia adalah milik kita.kadangkala manusia terlalu tamak untuk memiliki yang bukan hak nya.kadangkala manusia sering tidak dapat menerima kenyataan.tetapi...bagiku...aku sudah cukup bahagia dapat melihat dia bahagia walaupun hanya dari jauh.dan aku bersyukur,kerana pernah bertemu dengannya.terima kasih cinta...kerana pernah singgah di hatiku..
aku akui...ditinggalkan insan tersayang adalah perkara yang amat menyakitkan...sangat sakit..tapi, kita harus akur dengan ketentuan-Nya..terimalah dengan hati yang terbuka..jika tiada jodoh disebalik sebuah pertemuan.

No comments:

Post a Comment