aima syakira...

Tuesday, April 27, 2010

1 comment:

  1. perjalanan ke jabatan hal ehwal orang asli di tapah perak sangat memenatkan.namun tanggungjawab harus dipikul..berbekalkan sedikit pengetahuan aku memulakan bicara dengan pegawai disana...
    sebaik kaki melangkah memasuki perkampungan orang asli di kampung sungai jentung, hatiku berdegup kencang tatkala melihat persekitaran mereka.anjing yang merupakan binatang peliharaan berada di sana sini...
    pertemuanku dengan penduduk kampung amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatiku..aku dapat hidup dalam rumah yang selesa, sedangkan mereka masih di takuk lama.walaupun kerajaan telah memberikan rumah batu, mereka masih gemar tinggal didalam rumah melati yang beratapkan daun nipah.
    sesungguhnya kehidupan mereka tidak dapat dipisahkan dengan hutan rimba..akan tetapi...hatiku terguris bila melihat kehidupan dan pembesaan anak- anak kecil yang agak kurang sempurna.bagiku, kanak- kanak seusia itu sudah wajar berada di sekolah, namun aku mendapati hanya segelintir sahaja yang bersekolah.semua ini berpunca dari desakan hidup...anak- anak gadis yang masih muda sudah menggendong anak kecil di belakang.aku tertanya- tanya adakah itu anak mereka...jawapan yang aku terima amat mengejutkan.semuda belasan tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri.mereka tersipu-sipu melihat kedatangan ku kerumah mereka.dari pandangan matanya, aku faham..kerana aku juga seorang gadis..
    saat kaki melangkah meninggalkan perkampungan itu, semacam wujud satu perasaan baru dalam diriku.aku sering mengeluh dengan kehidupanku, tanpa aku sedari, masih ada insan lain yang hidupnya lebih sukar,perkahwinan di usia muda bukanlah sesuatu yang mereka inginkan, tapi persekitaran telah menggariskan takdir buat mereka.
    aku bersyukur kerana aku dapat menjejakkan kakiku ke universiti malaya...sedangkan gadis-gadis seusiaku...harus meniti hidup sebagai seorang isteri dan ibu..harapanku..tabahkan lah hati..aku sentiasa mendoakan kalian memperoleh kehidupan yang terbaik...

    ReplyDelete