aima syakira...

Wednesday, May 5, 2010





jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka...kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..

masa kita bersama seseorang kita lansung tak menghargai setiap detik bersama...walaupun dia ada..kita buat macam tak ada.kita cakap kita sayang dia..tp dalam hati kita sering tertanya- tanya betulkah apa yang bibir tuturkan..tapi kita tetap tidak kisah..kerana kita amat maklum yang dia sangat sayangkan kita.

setiap masa kita keluar dengannya...kita memegang tangannya..walaupun dalam hati kita membayangkan sedang memegang tangan orang lain..apabila dia katakan dia sangat sayangkan kita..kita membalas ungkapan sayangnya sambil tersenyum walaupun sebenarnya kita berpura-pura..bukan lah lansung tidak sayang tetapi cuma tidak pasti dengan perasaan sendiri yang menyanyangi semua orang..

sewaktu makan, dia sering mengutamakan kita..ada satu ketika...dia sanggup makan benda yang dia tidak suka semata- mata mahu beralah dengan kita.sedangkan kita lansung tidak pernah memikirkannnya...kita makan dengan senang hati..walaupun selepas itu dia memberitahu dia muntah- muntah kerana makanan itu tidak hadam..kita cuma meminta maaf dan berjanji tidak akan ulangi kesilapan itu...

sewaktu kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, dia muncul dengan hadiah di tangan...kita cuma tersenyum sambil mengucapkan terima kasih..kerana apalah makna anak patung kristal jika dibandingkan dengan hadiah mahal yang mampu diberikan oleh ' si dia ' yang lain..

sewaktu ulang tahun hari lahir kita, dia berusaha mengumpul duit untuk membeli benda yang agak mahal walaupun dia sebenarnya bukanlah mampu, dia muncul dengan kotak besar...hati kita berbunga riang...tetapi setelah membuka, hati kita mencemik kerana hanyalah bantal love..walaupun agak mahal..tp kita mengharapkan lebih dari itu.hati sudah mula berubah bila 'si dia ' yang lain membawa ke tempat yang lebih mahal dan memberi benda yang lebih berharga..sikit pun kita tidak memandang bantal love yang di berikan..

pada bulan yang lalu.dia berusaha mengumpul wang mahu datang berjumpa kita.tapi kita sikit pun tidak hairan..kita hanya berkata tidak perlu datang kerana takut duit dia habis.sedangkan kita keluar bersama ' si dia ' yang lain pada setiap minggu.dia tetap datang dan berbincang tentang masalah hubungan kita.namun kita hanya bercakap benda penting dan kerap mendiamkan diri sambil memandang jam.dia masih bersabar walaupun menyedari perbuatan kita.kita tetap katakan hati kita hanyalah untuknya walaupun kita sudah lansung tiada perasaan untuknya...

setiap kali kita keluar bersama orang lain, kita kerap menggunakan alasan yang sama..pergi library, tido dan study..3 alasan kukuh untuk menghindarkan mesej dari beliau.bila dia tanya kenapa sekarang kita berubah, kita katakan dia terlalu mengongkong.dia sangat sedih dan bertanya keputusan kita..akhirnya pada satu malam kita meminta dia melepaskan hubungan ini..walaupun sedih dia terima dengan hati yang terbuka.

namun...selepas perpisahan itu..kita mula merasa kehilangan. kita sudah tidak merasa diri disayangi lagi.kita menjadi sunyi dan keseorangan.pada saat ini..' si dia ' yang lain dianggap sudah tidak bermakna lagi..hidup kita menjadi sangat sunyi...tiada lagi dia yang kerap menghubungi kita bertanya sudah makan atau belum..sihat atau tidak...sungguh...kini..dalam hati kita bertaut kesedihan yang ter amat...perginya dia sebagai satu tanda..dengan membawa bersama semua kegembiraan kita..

No comments:

Post a Comment